I made this widget at MyFlashFetish.com.

KAWAN-KAWAN

Sunday 4 December 2011

aku & KEMALANGAN

P/S: post ini tidak sama skali untuk membuka aib atau menunding jari bagi sesiapa yang terlibat..apa yang berlaku..sama2lah kita mengambil IKTIBARnya...



 ia terjadi pada satu malam yang tak disangka2...bak kata orang tua2..."malang tak berbau"....yup, benar kata mereka...kita tak tau bahawasanya perkara yang malang akan berlaku pada kita pada bila2 masa sahaja...

"sesungguhnya..perkara yang berlaku adalah PERINGATAN dari Allah.." jujur aku katakan di sini..aku dulu seorang sering lupa mengingati ALLAH...aku sering lambat "berhubung" denganNya...tiap kali waktu solat masuk..aku mesti lambat2 masa..sampai satu ketika..sebagai manusia yg khilaf..aku juga "melepaskan" peluang bertemu denganNya begitu sahaja...(sungguh lemah imanku)



TAPI..selepas kejadian ini berlaku padaku..aku sedar, bahawasanya.. MATI itu PASTI.. bila sampai masa Allah mahukan kita..dia akan ambil kita ON TIME!

YA...aku takut mati...siapa di sini yg tak takut mati..semua takut mati..cuma kita tak tahu..bila dan bagaimanakah cara kita mati..kalau boleh..semua orang mahukan kematian yang baik2..begitu juga aku..aku amat2 takut jika aku mati dalam kemalangan dan aku berdoa agar aku tidak mati dalam keadaan begitu...

"bagai mati hidup SEMULA"
selama ini..aku sering dengar orang berkata sebegini dan aku cuba bayangkan..bagaimana perasaan "bagai mati hidup semula" ini??... segalanya berlaku dalam sekelip mata!


02.12.2011..sekitar pukul 9 mlm keatas...bermulalah kejadian tak disangka2 ini...


dengan kelajuan 140km/j..kereta yang kami sewa..di pacu dengan laju..pemandu (tunang kawan kami) cuba untuk memecut laju kerana ingin mengejar masa dari terlepas train ke perak yang akan bertolak pada pukul 11 di KL SENTRAL..

kejadian ini berlaku di sekitar kawasan SHAH ALAM..hampir beberapa kilometer simpang untuk ke ICT Shah Alam...ditambah dengan keadaan jalan yang licin sbb hujan lebat pada malam itu dan "dengan izin Allah"...kereta kami hilang kawalan...pemandu cuba untuk menekan "break" kecemasan...tapi tak sempat (mungkin brek tak makan) ...lalu dia cuba utk mengelak dari terlanggar kereta di hadapan..

tak disangka2 juga...pada lorong bahagia kiri pula terdapat sebuah motor yang ditunggang agak laju lalu dan cuba memintas kami...
demi mengelak dari melibatkan orang ramai..pemandu cuba utk kembali ke lorong asal, tapi sayang keadaan kereta ketika itu tak dapat di kawal lagi lalu kami TERBABAS!

HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU...
bertapa TAKOTNYA kami..nyawa kami seolah2 berada "dihujung tanduk"..panggilan nama ALLAHU AKHBAR..kami sebut sekuat2 hati..wajah mak ayah terpampang bila aku pejam mata (sebab tak sanggup melihat apa yang sedang berlaku)...kedengaran bunyi seretan tayar yang cuba mencengkam jalanraya yang licin..masih terngiang2 di telinga aku..

SYUKURLAH..tak siapa sangka ketika itu..kami TERSELAMAT... mujurlah tiada kereta yang berhampiran dengan kereta kami...dengan "DRIFT"180 darjah...kami diselamatkan oleh divider jalan...jika tiada divider ketika itu..kami mungkin dalam keadaan yang parah di hospital sekarang...


segalanya amatlah perit bila difikirkan semula...tambahan pula, ini adalah kali PERTAMA aku mengalami pengalaman sebegini rupa...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...