I made this widget at MyFlashFetish.com.

KAWAN-KAWAN

Thursday 16 May 2013

Adikku Down Syndrome

Assalamualaikum saudara seislamku...
Salam sejahtera juga untuk anda...

Semoga kawan2 sihat selalu dan terima kasih kerana sudi lagi baca blog saya yang kejap ada kejap takde..(macam biskut!) hihi..terima kasih lagi skali...

Tujuan utama saya buat post ini adalah untuk sampaikan kepada kawan2 semua, bahawasanya setiap ciptaan Allah indah dan istimewa walaupun dia adalah seorang insan down syndrome. Bagi mereka yang tidak mengenali insan ini, mesti menganggap mereka ni CACAT, GILA, MASALAH MENTAL! 

Apa yang saya katakan ini adalah perkara yang benar berlaku pada adik saya. Setiap kali adik saya di bawa ke tempat awam, perkara pertama orang akan pandang adalah adik saya. Mereka akan pandang dengan penuh muka kesian kononnya kesian melihat insan down syndrome ni. Ada juga sebilangan ibu bapa kanak2 tak benarkan anak2 dia tengok adik saya dan memberi reaksi yang negative pada adik saya..

Saya ingat lagi, zaman saya sekolah rendah. Pertama kali kawan sekelas saya ternampak adik saya sedang melambai2 dalam kereta kepada saya waktu tamat sekolah, kawan saya bertanyakan soalan yang sangat MEMALUKAN bagi saya ketika itu dan sangat buat saya MARAH bila dengar soalan tu;

"shakirah, tu adik kau ke??adik kau CACAT ke??"

Soalan ini sememangnya soalan yang sakit dan menusuk kalbu saya. Muka saya bertukar jadi panas ketika dengar soalan tu. Soalan ini membuatkan saya rasa seperti dia tujukan kepada saya. Dalam hati saya, mmg saya taknak mengaku tu adik saya tapi bila memikirkan semula, kenapa saya harus malu dengan adik sendiri?? Ibu saya yang mengandungkan adik saya selama 7 bulan, bertarung nyawa dalam memastikan anak terakhinya selamat dilahirkan ke dunia tak menghiraukan apa pandangan org trhadap anaknya bila diluar nanti dan tak malu melahirkan anak seorg down syndrome..kenapa saya harus malu?? ibu saya sangat tabah!

Lantas saya pun membalas dengan kata-kata yang sangat sinis dan marah;

"sape cacat???adik aku tak cacat, kaulah cacat!!" 
"eh, marah pulak?? aku tanye jer~"  - kawan saya tak puas hati..hehe

Bermulalah dari peristiwa itu, saya mula tidak suka berkawan dengan sesiapa yang memandang rendah dengan adik saya. Saya tak kisah kalau kehilangan kawan sbb pertahankan adik saya. Kadang2 kawan2 sekelas suka bergurau kasar, suka mengejek kawan sendiri dengan samakan mereka dengan insan istimewa, down syndrome. Selalunya saya sabar  dengar dorg mengejek satu sama lain, dengan fikir Allah tu Maha Adil..

Ya, dengan adanya adik seorg down syndrome saya jadi lebih matang. Namun, saya masih malu mengaku kepada kawan2 yg saya ada adik down syndrome sbb reaksi yg selalu saya lihat bila bagitau dorg mesti satu reaksi yg negatif!

Muka kesian, terkejut, annoying!

Saya tak suka bila adik saya dipandang hina sebegitu rupa. Mungkin mereka tak bermaksud buat reaksi muka mcm tu. Kekadang saya jadi seorg yg sgt sensitive bila org menilai adik saya macam2. Oleh sbb itulah saya tak suka bercerita tentang adik saya. Bukan sbb saya malu ada adik down sydrome, tp sbb saya takmau adik saya dipandang serong lg oleh semua orang.

Walaupun dunia dah melebihi tahun yang ke 2000, namun masih ada lagi sebilangan manusia di dunia ini masih tak dapat terima kehadiran insan down syndrome. Biasalah, sememangnya sifat manusia begitu. Satu yang janggal dilihat adalah satu benda yang pelik! Bahkan, ada juga menyalahkan takdir Allah dengan apa yang  telah Dia berikan kepada hambaNya. Manusia tak pernah bersyukur~

" Honestly, we're not seeking your sympathy. Let's us CHANGE our PERCEPTION!! they are NOT disable people, they just like US and you know what? they are more GENIUS than us.. SERIOUSLY!!"

I LOVE YOU
>> bersambung... 

Rose buat Hari Guru

Bismillah..
Assalamualaikum...

Diatas kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru2 yang pernah mengajar saya dan mendidik saya sehingga pandai segalanya. Jasa guruku tetap ku kenang selamanya~


Teringat masa sambutan hari guru masa sekolah dulu2...

Masa sekolah rendah dulu2, kawan2 semua beli hadia mahal2 kat cikgu. Saya nk cover malu, saya belilah bunga sekuntum yang jual kat luar pagar sekolah. Dulu harganya RM1, tu pun dah kira mahal dah bagi saya sbb mak slalu bagi belanje makan RM1.50 sehari..huhu

Tiap kali balik umah mesti mak marah sbb beli bunga untuk cikgu, mak selalu pesan;
"cikgu yang ikhlas mengajar, tak mengharapkan hadiah dari pelajar" 
Sebab tu tiap kali saya nak beli hadiah untuk cikgu, saya pikir dua tiga kali. End up, saya pilih utk tidak membeli apa2 hadiah untuk cikgu. (Y~Y) tapi bila difikirkan balik, apa yang dikataan mak betol. Cikgu saya still sayangkan saya sbb saya selalu perform terbaik dalam kelas. Cikgu tak pernah ungkit pun pasal hadiah lepas hari guru berlangsung. Mungkin cikgu memahami kemampuan anak2 muridnya. Rindu cikgu sekolah rendah!

Bila masuk sekolah menengah, saya dan kawan2 dah pandai skit. Tiap kali hari guru, xde lagi hadiah personal. Semua pakat kumpul duit dan macam biasa, ketua kelas wakil kami semua masa penyampaian hadia untuk cikgu. Yang mana anak org kaya skit, bagi kain dari langkawi, bagi bunga, bagi pen..macam2! Bagi kami, yang tak mampu bagi hadiah berpakat lagi sweet memorinya. Boleh beli hadia besar2, macam tulisan khat al-Quran. Sambil2 tu dapatlah pahala..hihi

Masa saya masuk sekolah asrama, tiada hadiah yang mampu saya bagi untuk cikgu2 saya kat sana. Maaf cikgu, hanya doa selepas solat sahaja yang saya mampu hadiahkan setiap hari untuk cikgu.

SELAMAT HARI GURU 2013

Sunday 7 April 2013

Muslimah & Fasyen

~Assalamualaikum~
~Hai~

Long time not see yaaaahh??? 

Jadi, harini baru ada kelapangan nak buat post baru dan nk berkongsi salah satu hobi saya dlm seharian iaitu,   jadi...."SI PEMERHATI FESYEN" !!! hehe. Nampak macam jahat sgt buat kerja ni kan?? saje tulis besar2...haha..tp tak salahkan kita perhatikan fesyen org, lepas tu kita simpan sorg2. Andai fesyen org itu tak berapa kena..jangan pula dikeji, lebih baik dinasihatinya supaya kita sama2 jadi manusia yang dirahmati-Nya...amin~

Sememangnya perempuan merupakan mangsa UTAMA bagi berfesyen. Tapi zaman sekarang, fesyen juga menjadi satu kemestian bagi kaum lelaki sbb dunia sekarang kan lebih kepada 'materialistic'...semua org menilai personaliti seseorg melalui cara kita berpakaian, cara kita berfesyen... Kejam kan manusia???

Tidak ketinggalan juga kepada muslimah2 kita..mereka gemar berfesyen tp disebabkan mereka bertudung, 'keinginan' mereka utk berfesyen terbantut skit sbb banyak benda yg kene fikirkan...persoalan UTAMA: apa tujuan kita berpakaian??? - menutup aurat.

Yaaaahhh...sebagai seorg muslimah, menutup aurat itu WAJIB ke atasnya..kita tak boleh perlekehkan hukum Allah yg telah ditetapkan kpd kita. Bagi saya, tak salah berfesyen asalkan tutup bahagian yang wajib tutup sebaik2nya...tp kne hati2, TUTUP tu mestilah ; LONGGAR dan kain yg TEBAL..bukan BALUT!! ramai sangat muslimah skrg, telalu mengikut fesyen, sampaikan tak dapat bezakan tutup dengan balut. Kan manis kalau dilihat seorg wanita itu berpakaian yang longgar2...tak semestinya kena berpakaian ketat2 untuk berfesyen. INGAT!!

Contah fasyen yang saya ingin galakkan kepada kaum wanita semua: fesyen ala2 Dian Pelangi. seperti pdalam gambar bawah ini..

Dian Pelangi - Inspirasi saya
Sudah menjadi 'kerjaan' seorg pereka fesyen utk mereka pakaian mengikut pengedaran zaman. Bagi saya, apa yang ingin dibawakan oleh Dian Pelangi lebih kepada kesederhanaan, santai dan simple..yang tak perlulah terlalu sarat bila berpakaian. 

Tapi janganlah plak kita ni tiru sebijik2 apa yg dipakainya...mungkin dia kelihatan CANTIK, COCOK, bila berpakaian sebegini tp harus diingat, tidak pula pada kita. Bijak dalam mengenal pasti 'kesesuaian' dalam berpakaian itu semenangnya PENTING!! kalau tidak, kita akan kelihatan seolah2 'badut'! campur semua color tanpa memikirkan sesuai atau tidak ngn diri kita. Tak ke hodoh nengoknyaa~

Lagi satu peringatan, kita juga kena ingat...bahawasanya pereka fesyen ini menusia. Dia mungkin terlupa dan tak sempurna dalam mencetuskan ideanya...kadang2 kita lihat, fasyen yang dibawakan oleh sesorg pereka fasyen itu tak menepati hukum syara' yang digariskan dalam Islam. Jangan 'membabi buta' dalam mengikuti fasyen. PILIH fasyen yang dapat membawa anda KEYAKINAN dan membuatkan anda kelihatan BERMARUAH apabila berhadapan dengan masyarakat. apa yang saya ingin tekankan di sini, fasyen TUDUNG! kita bertudung kerana Allah bukan kerana fasyen!!

"memakai tudung TAK WAJIB, tapi muslimah wajib MENUTUP AURAT!!!"
 - pakai surat khabar tutup kepala pun boleh, asalkan menutup aurat- hehe

::SELAMAT BERFESYEN ::

Saturday 15 December 2012

15 Dec : Maria Elena Nikah

credit to Udey Ismail
TAHNIAAAAAAAAAAAAAAAAAAHH......

TAHNIAH lah kak Maria Elena....Alhamdulillah selamat jugak kak Maria nikah dgn Dato'...moga cepat2 buat anak and kekal sampai Jannah...Amiiin~

*bila tgok gmbr kawen kak Maria...rasa sweettt sgt! rasa nk makan strawberry kek!

(click sini utk : Maria tunang)

Friday 16 November 2012

#PrayForGaza

bumi GAZA berDARAH kembali...


Assalamualaikum untuk saudara seIslamku dan salam sejahtera kepada kawan2 yang bukan beragama Islam..."bumi GAZA berdarah kembali"....hanya inilah ungkapan pertama saya pabila mendengar khabar berita mengenai saudara kita di sana....sebelum ini saya pernah buat satu entri khas mengenai negara Palestine....bagi mereka yang belom baca n nak baca lagi skali...bolek klik disini :


dalam entri tersebut saya share satu artikel mengenai "infografik memperingati 64 tahun Nakbah Palestine".....dlm entri ni gak kita dpt tengok macam mana Israel menakluk bumi ambiya' kita ini sikit-sikit....


isu memboikot barangan, jenama, makanan yang menyalurkan sumbangan kepada tabung Israel bukannya isu baru sahaja dibangkitkan harini....lihatlah apa yg terjadi sekarang, akibat kelalaian kita!! ketidakperihatinan kita!! saudara2 kita di sana menderita...tanpa kita sedar, kita juga turut 'membunuh' saudara kita di sana dgn terus menerus membeli barang2 dan makanan2 buatan Israel...

SELURUH DUNIA tahu KEKEJAMAN Israel!!! tidak kiralah, apa2pun anutan agama didunia ini....semua org tahun, kaum ini kaum yang KEJAM! mereka mempunyai cita2 yang BESAR yakni mahu menguasai DUNIA satu hari nanti.....mengikut cerita2 dalam kitab Al-Quran juga ada menyebut n bercerita mengenai mereka...mereka adalah kaum yang tak pernah bersyukur....na'uzubillah~

namun, KEMARAHAN dan KEPEKAAN kita harini. mungkin seketika sahaja....harini, kita SEMANGAT menentang mereka....esok....lusa...tulat...tulin....semangat tu semakin lama semakin luntur...bak kata org dulu2, "hangat2 tahi ayam"....bila sampai satu masa, kita akan tercari2 kembali....barangan2 Israel yang kita pernah boikot dulu...nak McD! nak Coca cola! nak Starbucks! dah lama tak makan...Astaghfirullah~


tahukan saudara2 ku sekalian...duit ringgit yang kita laburkan utk membeli barangan mereka adalah bersamaan seketul bom untuk menghancurkan sebuah perkampungan/tempat tinggal saudara kita dia GAZA, PALESTINE??? antara sedar atau tidak...masih belom terlambat untuk kita gerakkan semula kempen BOIKOT barang2 mereka!! andai dulu kita alpa...namun skrg, tiada alasan lagi untuk kita membenarkan mereka terus berkuasa di Bumi ini.....AYUH!! kita mulakan dari sekarang...STOP BUYING ISRAEL GOODS!! BOYCOTT NOW!!


PRAY FOR GAZA...
inilah masanya...kita bersama2 panjatkan doa tatkala waktu kita senang...dalam solat...selepas solat...tak kira masa pun...ayuh, perbanyakkan doa untuk saudara2 kita di GAZA...bumi Palestine, bumi ambiya'...bumi para nabi dilahirkan...alangkah sedihnya..pilunya...sekiranya bumi ini terus mengalir dengan darah2 yang tidak berdosa...BERAPA BANYAKKAH lagi saudara kita yang dibunuhnya?? mungkin skrg giliran mereka...esok lusa, kita tak tahu nasib negara kita...

hanya sepotong DOA yang diinginkan oleh mereka dari kita...doa yang ikhlas kepada-Nya...doa yang tulus...agar Allah segera memberi bala kepada kaum KEJAM itu!! agar Allah memberi KEKUATAN kepada saudara kita di sana!! agar Allah melindungi negara kita dari menerima nasib yang sama...

bersyukurlah dengan ni'mat Allah berikan selama ini....jauhilah perpecahan sesama kita...elakkan pergaduhan sesama saudara....bersama kita menjadi umat Islam yang TERBILANG!! seperti mana GEMILANG nya umat Islam sewaktu pentadbiran RasullAllah dan Sahabat2nya...amin~

Doa Qunut Nazilah utk minta pertolongan Allah...

tolooonglah kawan2...ini sahaja yang mereka mahu dari kita....Doa~

harini hari mereka...esok lusa...mungkin giliran kita...

~Amin~

Wednesday 14 November 2012

Ma'al Hijrah | 1434H | 1 Muharram

credit to : Hafiz (click here)
note: bro....i like! pic ni mmg lawa weyh~

Assalamualaikum....
Salam Maal Hijrah kawan2...baca tak doa akhir tahun & awal tahun tadi??
klo sempat baca..Alhamdulillah~
semoga Allah makbulkan doa kita semua..amin~

sempena tahun baru ni...saya nk buat wishlist!! 
memandangkan tahun2 yang lalu saya selalu buat wishlist ni time tahun baru masihi...kali ni saya nk tukar plak..kita kan org Islam...lepas tu, umat Nabi Muhammad plak tu..bertapa ruginya bagi saya klo saya tak mengagungkan agama Allah ni.....kan?? nape nk ekot kan sgt 'budaya' barat tu semua?? kita kn ada cara kita sendiri untuk sambut tahun baru kita....klo dibandingkan dengan tahun baru 'mereka'.....agama kita lagi INDAH sambutannya...penuh PENGERTIAN!

SEBELUM AZAN MAGHRIB BERKUMANDANG...
kita semua digalakkan untuk membaca doa akhir tahun kita.....kata mak saya : 

"kito keno baco doa akhir tahun sbb doa akhir tahun ni...doa untuk menutup catatan amalan kito pada tahun tu...bilo kito baca doa awal tahun, kitab baru pulok dibuka n dicatat oleh Malaikat..supayo bilo kito mati nanti, kito senang napok amalan2 kito penoh buak selamo kito hidup...."

"kalu ore baik...bilo nok mati, time tgoh nazak gak..senyuuummm jah..tp klu ore hok kurang amalan.....sedih jah dio...dop napok amalan dio buak tu semua.."

itulah serba sedikit kata2 mak...mak suka sangat dengar ceramah agama kat masjid....klu dia gi dengar ceramah agama kt mana2...mesti dia akan sampaikan bila balik umah nanti.....mak ustazah kami adik beradik...tak penat bagi nasihat n share apa yang dia dapat.....kami dibesarkan dengan peringatan n pesanan mak yang tak putus2...terima kasih mak ♥ 

SELEPAS AZAN MAGHRIB BERKUMANDANG...
kita semua juga digalakkan untuk baca doa awal tahun agar di awal tahun ni....kita semua dapat memulakan satu peng'hijrah'an yang baru dalam hidup kita.....semangat untuk menjadi umat yang baik...terbaik...dan lebih baik adalah impian setiap umat Islam...saya pun tak terlepas untuk bedoa agar saya jadi hamba Allah yang diredhai dan dilindungi oleh-Nya...amin~

So, inilah wishlist saya sempena tahun baru Hijrah ini :

1) Hamba Allah yang RAJIN!!

saya betol2 nak jadi hamba Allah yang RAJIN...rajin untuk segala jenis perkara, perbuatan, amalan, sikap!! semakin saya dewasa, semakin PEMALAS saya tau.....sangat sangat lah rugi saya ni klo saya terus macam ni.....sepatutnya, makin mentua.....makin lah matang skit pemikiran ni.....saya mmg kne berubah!! disebabkan saya malas lah berat badan saya makin naik...MALAS BERGERAK!! keinginan nk kurus tu ade....tp bila org ajak jogging, banyak jer alasan saya bagi....huhu~

semua tabiat MALAS ni kene tukar..yes, betol2 kene tukar kepada RAJIN! RAJIN! RAJIN!! saya pernah baca satu buku ni....dia tulis, Nabi Muhammad tak suka umatnya yang pemalas!! Ya ampuuuuun....tak mau dah nk malas2 ni...mintak2 mulot ni tak kuar pun perkataan MALAS AKU!! no..no...no!! okeng SET!!

2) Mendalami Al-Quran

saya betol2 tersentak dengan soalan adik saya masa tunggu bas untuk balik kampung sempena Deepavali ngn Maal Hijrah ni...adik saya tye soalan ni :

"paling last kau pegang Al-Quran bila??"

dia sabar menunggu jawapan saya...tp apa nk buat, EGO kakak....saya buat2 busy sbb malu kot nak mengaku yang kita ni jarang bukak kitab Allah (ampunkan aku ya rob)....tp saya jawab gak, kata dengan selamba.."bulan puasa aritu"...huhu~

lalu adik saya pun tunjukkan saya satu firman Allah yang tertulis kat buku tu...entah setan manalah hasut saya time tu...saya pun terkeluarlah mulot kata..."nanti2lah aku baca....kau ni, nk berdakwah tu xleh ke time kat umah??apsal tye time ni??? tahu tak skrg aku tgh HOT??" Astaghfirullah~

Maafkan akak dik.....

selepas pada tu....saya pun malu gak dengan diri sendiri.....memang tak patut saya buat macam tu...kt fb nasihat kat org PANDAI! tulis post mcm kita ni org baik jer...skrg baru saya sedar, saya ni lebih kurang sama jer dengan mereka2 yang saya tak suka....yakni, golongan yang TAK BOLEH TERIMA NASIHAT ORANG...na'uzubillah~

sebab itulah saya nk sgt2 mendalami ayat Al-Quran tu sendiri.....adik saya mampu menghafal surah2 amalan dalam Al-Quran....nape saya tak boleh buat kan?? sepatutnye sayalah yang jadi 'role model' kepada adik saya....teringat kata2 dari rakan sekolah saya dulu, "Allah suka bila org tua menasihat..tp Allah lebih suka tgok bila org muda sendiri memberi nasihat"

yes, mendalami Al-Quran....kunci KEJAYAAN org Muslim!!

3) Berhijrah

Kali ni....
InsyaAllah, saya betol2 nekad nak berhijrah.....saya cuba untuk mula berhijrah dengan MENEPATI janji diri saya yang saya nyatakan 2 wishlist sebelum ini.....dengan berubah, dari seorang PEMALAS kepada RAJIN....dari org yang tak tahu apa2 kepada 'ALIM....insyaAllah, saya USAHAKAN!!

saya tak berani nk list banyak2 sbb saya risau, takot saya tak dapat tunaikan....biarlah skit asalkan dapat memberi IMPAK yang luas, mendalam dan lebih lama dalam diri saya...

Kawan2, doakan shakirah berjaya berhijrah ye?? Amin~

Tuesday 13 November 2012

#4 IMBASAN :: K.A.E.D

Assalamualaikum...
waaaahhh..lama betoi tak post entry baru...tiap kali nk tulis..padam balik..nak tulis..padam balik..jadi tak jadi je nk buat post baru ke tak..tapi post kat fb selalu jer nk update...twitter?? apa entah lagi...setiap saat saya update..hui3~

bagi sapa2 ade twitter..better u follow me  ok?? (mcm paksa org jer) huhu...

baiklah, bercerita pasal KAED...
dah setahun lebih dah saya duduk dalam kuliyah ni...macam2 cobaan saya timpa..halangan..dugaan..dan paling penting..kesabaran..peace~

nama pendeknya, KAED or nama panjangnya Kuliyah Architecture and Envi. Design...yakni, fakulti/kuliyah untuk pelajar2 degree arkitek, quantity survey, apply art and design dan landskap arkitek...4 major dalam satu kuliyah..hebat  tak? hoho

*terasa nk berbahasa 'aku' plak post kali ni..rasa lebih 'dekat' skit nk cerita pasal KAED ni..hihi

sebenarnya banyak sangat2 gambar dalam lappy ni penuh ngn muka kawan2 KAED..cuma aku ni jenis yang suka sgt ambik gmbr tp malas dh nk upload..bagi ku..satu kepuasan klo aku ambik gmbr org then dia akan buat gmbr dorg tu jadi dp fb, twitter, blog atau sebagainya...tp, dorg kene ambik sndiri r ngn aku gmbr2 dorg semua..hui3~

klo ekotkan hati...kt blog ni pun aku malas nak upload gmbr..tp macam nampak boring plak bila xde gmbr kn??dah r mmg sedia boring..tak dihias plak, jadi makin boring..hmmmm..boring..boring...haha

entah apalah aku merepek kat atas ni..

so, korang...
bagi post kali ni..saya nk tunjuk skit..suasana kehidupan KAED ku selama 1 lebih di sini..enjoy the picture yaaahhh??? ^______^

 masa ni mula2 nak kenal KAED...siap buat fest tu~

klo korang semua nk tahu..kepala lelaki kt atas ni sebenarnya kepala BOSS a.k.a mr, president KAED pada time tulah..skrg tak lagi..dia ni dah jadi super senior kitorg dah...dah jadi dak tahun akhir..aku selalu gak usyar2 dia dulu...biasalah, mr. president...alaaahh...org pemes, sapa tak minat...betol tak?? hehe

 ni t-shirt ta'aruf KAED fest ktorg..simple tp kreatif design dorg!

gambar ni kes malu nk tunjuk muka..pakat nak jadi cicak women belaka...asalnye main2, tp bila dh snep gmbr ni, smart jugak ek?? hihi...cuma, yang aku tak puas hati time tu..baju yang aku dapat x ngn ngn saiz badan aku ni...al-maklumlah, badan besau sangat...tak cukup saiz!!! kesan bercuti lama sgt, pastu xde kesedaran dn kecikkan badan..menambahkan saiz adalah aku ni...adoi~

t-shirt rasmi QUEST!! coooollll bhai~

nilah t-shirt rasmi ktorg...cool kn?? TAHNIAH diucapkan kepada designer t-shirt ni..semestinya dak qs lah yg buat..ramai kata design dia smart!! sapa kata, dak quantity survey buta seni???ktorg ni insan yg xde rezeki nk jadi Arkitej jerrr~ booeh dikatakan ktorg berbangga lah jugak bila setiap kali pakai t-shirt ni...tshirt tahun ni entah ade ke tak ek??

batch QS ke-12

ini dia..sebahagian daripada dak2 qs dalam KAED batch yang ke-12...ada dalam seratus lebih ktorg semua..ramai giler smpai lecturer pun pening ngn ktorg..macam2 perangai sesorg...huhu...tp apa yg aku bangga kat sini..even ktorg ni ramai..tp ktorg kenal satu sama lain sebab apa??? sebab masa sem pendek beberapa bulan yang lepas..ktorg semua diwajibkan utk ambik satu sbjek ni saja iaitu sbjk MULTI-DIP...sbjk ni core course ketorg sbb tu wajib ambik...maka, disebabkan ini..ktorg semua makin saling mengenali satu sama lain sbb kne sama2 tukar2 maklumat...klo tak susah nk cari bahan...apa yang selalu dipesan lecturer ktorg time tu...jangan kedekut ilmu...kita sama2 saing membantu dan bagi maklumat kat kawan2 klo dapat lebih...lagi pun ktorg tgh dlm proses belajar n bukannyer dh keje betol2...so, apa salahnyer klo share2 skit..org putih kan selalu kata..."sharing is caring.." tak gitu?? =P


*ini dia hasil keje multi-dip dr group aku...simple2 jer..tak menang, tp banyak pengalaman ktorg dapat...


apa tu multi-dip???
multi-dip nama pendeknye..klo nama panjang orang panggil..MULTI DISCIPLINARY yang terdiri daripada 3 major KAED...Arkitek, Apply Art Design dan QS...ktorg diberi tender projek  juta dalam masa 3 bulan kne tunjuk hasil design besertakan bajet..ni konon nk bg biasakan diri bila dh keje nanti jer..tp serius..tekanan tu mmg ade..dah r time bulan puasa..mmg tangkap syahdu r bila terkenang kat mak ayah..huhu..final presentation tu mmg tarikh dinantikan!! tak sabar nk balik sbb rindu teramat kt family...hehe






*ini dia FINAL day ktorg utk multi-dip...gempak kn?? hehe

kat atas ni..antara member2 qs yang ambik multi-dip aritu..semua pakat buat muka hepi sbb dh habis...yerlah, sapa tak hepi...lepas habis jer presentation ni..pakat packing barang balik kmpg awal..dah r xde exam...ade tu..tak sempat present dah chaw!! mmg cuti panjang r skit dari org lain..tapi kesian kt kwn2 yg ade ambik peper exam time tu..kne balik lmbt..ade yg kne tunggu last day exam sbb tarikh exam dia time tu..dah r satu paper jer..kesian~

sekarang aku dah masuk tahun dua..dah nak habis sem 1 dah..mmg cepat betol masa berlalu..kan??? tak lama lagi nak exam FINAL!!!..huhu...

"semoga sem ni shakirah lulus dengan cemerlang..amin~"

Oklah..nak buat penutup..
entri ini bakal bersambung...klo nk cerita semua kt entri ni..mmg korg penat r baca n tengok gmbr2 aku ni...hahaha..terima kasih sbb sudi baca entri aku kali...sekali gus korang dapat pahala free sbb tolong doakan kejayaan saya!!! doa sahabat adalah antara doa Allah makbulkan..amin..amin...amin~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...