I made this widget at MyFlashFetish.com.

KAWAN-KAWAN

Thursday 16 May 2013

Rose buat Hari Guru

Bismillah..
Assalamualaikum...

Diatas kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru2 yang pernah mengajar saya dan mendidik saya sehingga pandai segalanya. Jasa guruku tetap ku kenang selamanya~


Teringat masa sambutan hari guru masa sekolah dulu2...

Masa sekolah rendah dulu2, kawan2 semua beli hadia mahal2 kat cikgu. Saya nk cover malu, saya belilah bunga sekuntum yang jual kat luar pagar sekolah. Dulu harganya RM1, tu pun dah kira mahal dah bagi saya sbb mak slalu bagi belanje makan RM1.50 sehari..huhu

Tiap kali balik umah mesti mak marah sbb beli bunga untuk cikgu, mak selalu pesan;
"cikgu yang ikhlas mengajar, tak mengharapkan hadiah dari pelajar" 
Sebab tu tiap kali saya nak beli hadiah untuk cikgu, saya pikir dua tiga kali. End up, saya pilih utk tidak membeli apa2 hadiah untuk cikgu. (Y~Y) tapi bila difikirkan balik, apa yang dikataan mak betol. Cikgu saya still sayangkan saya sbb saya selalu perform terbaik dalam kelas. Cikgu tak pernah ungkit pun pasal hadiah lepas hari guru berlangsung. Mungkin cikgu memahami kemampuan anak2 muridnya. Rindu cikgu sekolah rendah!

Bila masuk sekolah menengah, saya dan kawan2 dah pandai skit. Tiap kali hari guru, xde lagi hadiah personal. Semua pakat kumpul duit dan macam biasa, ketua kelas wakil kami semua masa penyampaian hadia untuk cikgu. Yang mana anak org kaya skit, bagi kain dari langkawi, bagi bunga, bagi pen..macam2! Bagi kami, yang tak mampu bagi hadiah berpakat lagi sweet memorinya. Boleh beli hadia besar2, macam tulisan khat al-Quran. Sambil2 tu dapatlah pahala..hihi

Masa saya masuk sekolah asrama, tiada hadiah yang mampu saya bagi untuk cikgu2 saya kat sana. Maaf cikgu, hanya doa selepas solat sahaja yang saya mampu hadiahkan setiap hari untuk cikgu.

SELAMAT HARI GURU 2013

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...