I made this widget at MyFlashFetish.com.

KAWAN-KAWAN

Thursday 16 May 2013

Adikku Down Syndrome

Assalamualaikum saudara seislamku...
Salam sejahtera juga untuk anda...

Semoga kawan2 sihat selalu dan terima kasih kerana sudi lagi baca blog saya yang kejap ada kejap takde..(macam biskut!) hihi..terima kasih lagi skali...

Tujuan utama saya buat post ini adalah untuk sampaikan kepada kawan2 semua, bahawasanya setiap ciptaan Allah indah dan istimewa walaupun dia adalah seorang insan down syndrome. Bagi mereka yang tidak mengenali insan ini, mesti menganggap mereka ni CACAT, GILA, MASALAH MENTAL! 

Apa yang saya katakan ini adalah perkara yang benar berlaku pada adik saya. Setiap kali adik saya di bawa ke tempat awam, perkara pertama orang akan pandang adalah adik saya. Mereka akan pandang dengan penuh muka kesian kononnya kesian melihat insan down syndrome ni. Ada juga sebilangan ibu bapa kanak2 tak benarkan anak2 dia tengok adik saya dan memberi reaksi yang negative pada adik saya..

Saya ingat lagi, zaman saya sekolah rendah. Pertama kali kawan sekelas saya ternampak adik saya sedang melambai2 dalam kereta kepada saya waktu tamat sekolah, kawan saya bertanyakan soalan yang sangat MEMALUKAN bagi saya ketika itu dan sangat buat saya MARAH bila dengar soalan tu;

"shakirah, tu adik kau ke??adik kau CACAT ke??"

Soalan ini sememangnya soalan yang sakit dan menusuk kalbu saya. Muka saya bertukar jadi panas ketika dengar soalan tu. Soalan ini membuatkan saya rasa seperti dia tujukan kepada saya. Dalam hati saya, mmg saya taknak mengaku tu adik saya tapi bila memikirkan semula, kenapa saya harus malu dengan adik sendiri?? Ibu saya yang mengandungkan adik saya selama 7 bulan, bertarung nyawa dalam memastikan anak terakhinya selamat dilahirkan ke dunia tak menghiraukan apa pandangan org trhadap anaknya bila diluar nanti dan tak malu melahirkan anak seorg down syndrome..kenapa saya harus malu?? ibu saya sangat tabah!

Lantas saya pun membalas dengan kata-kata yang sangat sinis dan marah;

"sape cacat???adik aku tak cacat, kaulah cacat!!" 
"eh, marah pulak?? aku tanye jer~"  - kawan saya tak puas hati..hehe

Bermulalah dari peristiwa itu, saya mula tidak suka berkawan dengan sesiapa yang memandang rendah dengan adik saya. Saya tak kisah kalau kehilangan kawan sbb pertahankan adik saya. Kadang2 kawan2 sekelas suka bergurau kasar, suka mengejek kawan sendiri dengan samakan mereka dengan insan istimewa, down syndrome. Selalunya saya sabar  dengar dorg mengejek satu sama lain, dengan fikir Allah tu Maha Adil..

Ya, dengan adanya adik seorg down syndrome saya jadi lebih matang. Namun, saya masih malu mengaku kepada kawan2 yg saya ada adik down syndrome sbb reaksi yg selalu saya lihat bila bagitau dorg mesti satu reaksi yg negatif!

Muka kesian, terkejut, annoying!

Saya tak suka bila adik saya dipandang hina sebegitu rupa. Mungkin mereka tak bermaksud buat reaksi muka mcm tu. Kekadang saya jadi seorg yg sgt sensitive bila org menilai adik saya macam2. Oleh sbb itulah saya tak suka bercerita tentang adik saya. Bukan sbb saya malu ada adik down sydrome, tp sbb saya takmau adik saya dipandang serong lg oleh semua orang.

Walaupun dunia dah melebihi tahun yang ke 2000, namun masih ada lagi sebilangan manusia di dunia ini masih tak dapat terima kehadiran insan down syndrome. Biasalah, sememangnya sifat manusia begitu. Satu yang janggal dilihat adalah satu benda yang pelik! Bahkan, ada juga menyalahkan takdir Allah dengan apa yang  telah Dia berikan kepada hambaNya. Manusia tak pernah bersyukur~

" Honestly, we're not seeking your sympathy. Let's us CHANGE our PERCEPTION!! they are NOT disable people, they just like US and you know what? they are more GENIUS than us.. SERIOUSLY!!"

I LOVE YOU
>> bersambung... 

2 comments:

  1. Salam singgah, jemput segmen: novel diagnosis, header, topup,
    vector art, tudung bawal untuk dimenangi..
    http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...