I made this widget at MyFlashFetish.com.

KAWAN-KAWAN

Sunday 1 April 2012

FAMILY DAY, KG SUSU, CAMERON HIGHLAND.

16-18 MARCH 2012 - Kampung Susu, Cameron Highland.

Satu pengalaman yang INDAH yang takkan saya lupa sampai bila2...
program kali ini COMRADE bergandingan dengan JASA menganjurkan satu aktiviti bersama orang asli kg. susu, cameron highland. Program kali ni comrade mengajurkan program lebih kepada aktiviti kesukanan (dah nama pun FAMILY DAY)..haha~

ok2, serious!
pada 15 March, 9.00 malam..seramai 60 orang pelajar UIAM yang merelakan diri untuk menjadi perserta untuk program kali ini..pada malam tersebut, aktiviti yang dijalankan hanyalah sedikit taklimat dari PC, PM dan biro2 penting dari COMRADE & JASA...seperti program2 lain, segala penjelasan mengenai pantang larang, disiplin, keadaan kampung dan hal2 lain yang berkaitan dijelaskan pada malam itu juga..kutipan rm5 dikenakan kepada setiap peserta bagi menampung sedikit kewangan bagi program ini..antara aktiviti lain pada malam tu:
  • kumpul barang2 nk bawa utk esok hari
  • bungkus hamper 
  • pembahagian tugas n biro 

16 March, selepas solat zohor.
para peserta berkumpul di depan dataran rectory (berdekatan ngn tangga besar UIAM)..semua peseta kelihatan sangat2 teruja sbb rata2 drpd mereka baru kali pertama melibatkan diri dalam program sebegini (mcm saya mula2 dululah..hehe). Alhamdulillah, semua peserta memberi kerjasama yang baik dalam bersama2 untuk mengangkut kesemua barang seperti hamper, bekalan makanan, barang2 dapur, set generator, dan barang2 keperluan lain untuk digunakan di sana nanti. Dengan kerjasama ini, mengeratkan lagi ukhuwah sesama kami dan ada juga mengambil kesempatan ini untuk berkenalan satu sama lain.

Perjalanan yang jauh..
bas bertolak pada pukul 4 petang..kami terpaksa menunggu agak lama kehadiran bas kerana kali ini bas yang kami naiki untuk ke sana bukanlah bas dari UIA sendiri..perjalanan yang dianggarkan akan tiba pada pukul 9 malam ternyata meleset sedikit kerana keadaan cuaca dan jalanraya yang berliku2 diikuti dengan hujan yang lebat turun menyimbah bumi sepanjang perjalanan..(ayat nk sastera) hihi~

Setibanya kami di sana..
keadaan sangat gelap gulita..tiada jalan lampu di sediakan sepanjang jalan raya untuk masuk ke kawasan kampung..saya cuba banyangkan, bagaimanakah rupa kampung tersebut..dengan keadaan yang sangat gelap..satu cahaya lampu rumah pun tak kelihatan..mungkin waktu begini org2 kampung sudah nyenyak tidur..bas pula tak dibenarkan masuk ke dalam kerana keadaan permukaan jalan tak mengizinkan bas masuk ke dalam..dengar khabar dari orang2 lama comrade seperti Asyraf ; "kita kene berjalan 1 km ke dalam untuk masuk ke kg Susu!"-apa? 1 km? dengan barang yang banyak dan berat semua ni? (cuba bayangkan)  

SYUKUR YA ALLAH...
alhamdulillah...kehadiran kami sebenarnya amat2 dialu2kan dan dinanti2kan oleh penduduk2 kg Susu...tatkala kami sedang sibuk membahagikan barang2 dan diberi seorang sedikit barang untuk diangkut bersama masuk ke dalam kampung..tiba2 datang sekumpulan anak2 muda yang deketuai oleh tok batin kg susu lalu menawarkan pertolongan kepada kami...segala kepayahan menjadi senang dengan adanya org2 kampung datang menolong, meringankan beban kami semua...

daripada kejadian malam tersebut, ternyatalah bahawasanya kehadiran anak2 UIA ke kampung mereka adalah suatu perkara yang amat2 mereka nantikan...kehadiran kami sangatlah disenangi oleh org2 kampung di sini dan terbukti juga bahawa misi dakwah yang selama ini kelab COMRADE adakan di kampung ini berjaya dan makin lama makin memberi impak positif kepada org2 kampung kg Susu, Cameron Highland..

17 March..program bermula.
pada awal2 pagi lagi..kami dihadiri oleh adik2 penduduk kg susu...mereka sangat mesra dengan akak2 dan abang2 dari UIA...ada yang sanggup bangun pagi2 terus berjumpa kami untuk bermain modul bersama2..ada juga yang terus bersiap2 mandi pagi2 sebelum turun turut bermain bersama2 kami...tak kiralah yang besar atau yang kecil..yang tua atau yang muda..semuanya GEMBIRA menyambut kedatangan kami di sini..

-suasana pagi di kg. Susu-
Aktiviti pagi..
seperti kebiasaan, senam robik pagi2 dan satu 'game' spontan dipermainkan dalam kalangan peserta sahaja yang mana merupakan salah satu aktiviti tradisi bagi setiap program comrade dan ia juga merupakan aktiviti bagi menunggu sarapan pagi siap di makan (dimasak khas oleh biro catering)..hihi

semasa aktiviti tersebut dilakukan..ahli2 biro RnD (research and development) sudah mula menjalankan tugasan mereka dalam mengira dan membahagikan jumlah anak2 angkat yang patut ada pada setiap rumah keluarga amek n abe (mak n ayah) angkat mereka...segalanya berjalan dengan lancar dan biro RnD telah melaksanakan satu tugasan yang cekap, pantas dan teratur..kesemua peserta dapat memiliki keluarga angkat mereka dan tiada sebuah rumah pun yang tidak dapat anak2 angkat..orang kampung gembira, RnD pun gembira juga! ^__^

Selepas bersarapan..
adik2, kakak2, dan abang2 semua BERSEMANGAT untuk memulakan program 'family day' pada hari tersebut...adik2 disajikan dengan bekalan warna serta sebuah lukisan kosong yang tidak berwarna supaya adik2 dapat menunjukkan bakat mewarna mereka depan abang2 dan kakak2 UIA...ada juga segelintir abang2 UIA sempat menunjukkan bakat melukis beliau kepada adik2 di sini...adik2 seronok, abang2 n kakak2 modul pun SERONOK juga~ 

Aqasha (dari JASA); sedang mengajar adik2 mewarna.
Majlis Perasmian Program Family Day 2012...
selepas selesai aktiviti ziarah keluarga2 angkat masing2..para abe n amek dijemput untuk memeriahkan lagi majlis perasmian hari keluarga pada tahun ini di dewan besar kg Susu...kerjasama penduduk kampung sangatlah positif dan sangat menyenangkan kerja kami dalam memastikan majlis berjalan dengan lancar....ramai abe, amek n adik2 yang hadir semasa majlis perasmian ketika itu...ada juga anak2 UIA yang mengambil kesempatan ketika ini untuk meramah mesra dengan abe2 n amek2 di situ bagi mengeratkan lagi silatulrahim sesama mereka... ^______^

Muiz (dari COMRADE); bertegur sapa dgn Abe2 (bapa) kg Susu. 
Aktiviti Sukan..
aktiviti kali di bahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian kanak2 dan bahagian org2 dewasa...segala permainan yang dipermainkan oleh adik2 di bawah kawalan dan perancangan dari biro modul....manakala untuk orang dewasa pula, permainan sukan mereka di bawah kawalan biro 'sport'...

'Magic Window', sumpit belon, gusti lengan dan bola beracun antara permainan yang ada dalam permainan 'explorace race kampung' dalam aktiviti sukan kali ini...abe2 n amek2 kelihatan sengat gembira dan seronok ketika mereka sedang bermain bersama dengan anak2 angkat mereka...mereka tidak kelihatan letih, bahkan mereka lebih bersemangat dari anak2 angkat mereka...saya berasa begitu KAGUM dengan respon abe2 n amek2 di sini yang tak kenal erti letih biarpun sedikit~

orang kg Susu memang HEBAT!!

wajah2 adik2 kg. Susu

adik2 GEMBIRA bermain bersama abang2 UIA.
Malam Sewang..
ini merupakan kali pertama penglibatan saya dalam majlis sewang...jikalau sebelum ini, saya hanyalah dapat lihat majlis sewang ini di kaca tv sahaja..tapi sekarang tidak lagi...sesungguhnya, upacara sewang ini merupakan satu upacara yang unik dan sedikit mistik pada asalnya..tetapi, memandangkan rata2 mereka telah pun memeluk agama islam...upacara ini hanyalah dilakukan untuk majlis kenduri atau satu majlis yang istimewa sebagai tanda gembira mereka menerima anak2 UIA yang hadir ke kampung mereka...nyanyian atau lagu yang mereka sampaikan juga lebih kepada kata2 kegembiraan mereka...

18 March..hari terakhir...
suasana yang mendung dan sejuk pada awal pagi di kg Susu akan saya rindui selamanya selepas saya menjejakkan kaki saya untuk menaiki bas tengahari nanti....wajah sayu dan pilu dapat dilihat pelalui raut wajah penduduk kampung...rata2 daripada mereka tidak berpuas hati dengan kehadiran kami yang sangat singkat ini...mereka mengharapkan agar kami dapat memanjangkan tempoh tinggal di sini lebih lama lagi..namun, terdapat satu lagi komitmen yang lebih penting menanti kami di puncak menara gading UIAM...

adik2 di sini sayang untuk melepaskan kakak2 n abang2 UIA untuk pergi...begitu juga dengan amek2 di sini...biarpun perit untuk berpisah dengan kami, namun mereka tahu..satu hari nanti kami pasti akan hadir semula melawat mereka dan membawa satu ilmu yang baru untuk mereka semua...tiada kata yang dapat di ucapkan lagi melainkan senyuman yang ikhlas dan naif dari mereka...setiap gelak tawa, gurau senda kami bersama penduduk kampung akan kami simpan dan kenang sampai bila2..

penduduk kampung bukan sahaja menolong kami semasa kami sampai, bahkan semasa kami mahu pulang pun mereka dengan rela membatu kami : KG SUSU BEST!
Kami Tersentuh...
teringat saya dengan hari pertama saya tiba di kampung ini..dengan keadaan gelap gulita dan hanya berbekalkan lampu suluh yang terhad...ia merupakan satu perjalanan yang mencabar dan lasak yang tak pernah saya buat sebelum saya datang kampung ini...ia merupakan pengalaman yang pertama dalam seumur hidup saya yang takkan saya lupa..

oleh kerana keadaan yang gelap gelita pada malam itu, jarak 1km yang dinyatakan oleh PM program tidak terasa oleh kami...namun, pabila berjalan pada waktu puncak (tegahari) sebegini...jarak 1km amatlah sukar untuk kami tempuhi dengan keadaan barang yang banyak...

TERNYATA..remaja2 kampung ini mempunyai hati yang sangat murni..mereka menawarkan motorsikal mereka untuk kami bonceng bersama bagi meringankan beban kami mengangkat barang2...saya tidak melepaskan peluang untuk menaiki motorsikal mereka bersama..kawan2 juga sempat mengambil kesempatan yang ada pada saya dengan mengirim barang2 mereka untuk dibawa naik bersama....takut bercampur SERONOK dapat saya rasai semasa membonceng motor bersama dengan salah seorang anak remaja perempuan kg Susu..

para peserta berjalan bersama adik2 kg susu.

KEMESRAAN terpancar dari raut wajah mereka.. ^__^

pengalaman 3 hari 2 malam yang sangat saya rindui dan saya ingati sampai bila2...terima kasih kepada semua pelajar UIAM yang telah menjayakan program...terima kasih COMRADE dan JASA atas penganjuran kelab ini dalam mengadakan satu program yang menarik dam BERJAYA!

sebelum menaiki bas..saya sempat bertanya kepada ibu CENSERVE kita (ibu Martinelli Hashim) tentang pendapat beliau mengenai program kali ini dan ini komenya...
" ini merupakan satu program yang amat bagus dan haruslah dicontohi oleh kelab2 lain yang ada di UIAM atau mana2 kelab sekali pun...COMRADE dan JASA telah menunjukan satu kolebrasi yang baik dan bagus..pendek kata, program kali ini memang BEST!" - Ibu 
okeyh..jumpa lagi semua!! ^___________^

KAMI SAYANG PENDUDUK KG SUSU!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...